Mungkin ada baiknya kadang2 kita mengimbau kebelakang apa yang telah dilalui sepanjang menjalankan perniagaan hebat ini. Syukur...segala apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Memang akan ada beberapa matlamat yang gagal di capai seperti sasaran saya untuk memiliki mahkota CDM pada Disember 2008, mungkin akan gagal cuma perjalanan masih di landasan yang sebenar. Gagal untuk CDM tetapi setakat hari ini 24 November 2008, saya masih berkeyakinan untuk menggapai DDM iaitu 1 tahap lebih bawah dari CDM.
Dengan menggapai DDM pada Disember, saya percaya...larian saya ke arah CDM semakin dekat dan insyaallah...awal 2009 adalah detiknya impian untuk menjadi seorang pengamal MLM yang berada di pangkat tertinggi akan tercapai.
Sekadar nak ingat kembali posting saya terdahulu...bacalah...
____________________________________________________________________________________
Alhamdulillah..,
Memang seperti yang saya jangkakan sebelum ini. April akan menjadi titik tolak kepada perkembangan group saya. Hanya dalam sebulan sahaja...rakan kongsi dalam perniagaan ini telah berkembang hingga ke Sik, Sungai Petani, ALor Setar, Pulau Pinang dan Insyaallah..akan ada rakan kongsi dari Pulau Langkawi...sebuah pulau yang amat besar potensinya.
Insyaallah..dalam bulan ini saya berjaya menapak ke satu lagi anak tangga iaitu DSM. Kelihatan mudah...ya memang mudah...cuma berikan komitmen kepada agenda yang dirancang...pasti berjaya.
Sebagai penerima upah dengan kerajaan, saya terikat sehingga jam 5 petang dan dari Isnin hingga Jumaat, oleh itu...dengan masa yang terhad itulah saya gunakan untuk menjalankan perniagaan Hai-O.
Memang wujud perbezaan jika kita memberikan 100% komitmen, 50% komitmen, 10% komitmen atau hanya 1% komitmen. Jika 100% yang diberikan...pasti lebih ramai rakan kongsi yg dapat dicari. Saya menghabiskan cuti hujung minggu sabtu ahad dengan menemui prospek baru. Saya menghabiskan masa malam saya pada ahad dan isnin dengan menghadiri seminar & Biz Talk. Malam2 lain jika ada prospek baru....saya keluar dan pulangnya lewat malam....aduh bangatt sihhhh...
Letih....memang letih tetapi kekurangan duit atau kehabisan duit pada setiap hujung bulan lebih letih. Hasil dari sedikit komitmen yang saya curahkan itu mungkin tidak nampak pada hari ini tetapi saya percaya....dalam masa setahun...saya akan mengecapi apa yang telah dikecapi oleh CDM2 yang lain. Hari ini saya hanya menerima 5 ribu hingga 10 ribu sebulan.....Insyaallah...setahun lagi.....angka itu akan menjadi 5 atau 6.
P/s: Jika saya sanggup setiap hari dan setiap masa merancang untuk mengubah kehidupan saya kearah yang lebih baik.....mengapa tidak anda?
Antara Posting Terawal
Tahniah
Assalamualaikum
Syabas dan tahniah kepada semua yang berusaha dan berjaya menemui prospek dan layak ke sydney tahun depan.
Saya sendiri berharap rakan kongsi saya, Rizal dapat layak ke Sydney,layak tabung kereta bln pertama dan cukup PV untuk DSM. Kemungkinan akan dinobatkan sebagai DSM pada bulan ini atau bulan depan adalah sangat cerah jika melihat kepada gerak kerja beliau.
Semoga ini menjadi pencetus semangat kepada rakan-rakan yang lain.
p/s: Selamat berangkat kepada 600 usahawan Hai-O ke Paris selama seminggu.
Program berterusan
Assalamualaikum.
agak lama saya tak menulis perkembangan terkini di blog ini. Sejak Julai lalu, berbagai program yang dianjur dan dihadiri oleh saya dan group. Paling terbaru 3 dan 4 Nov 08, saya berpeluang ke KL untuk menghadiri sesi pengukuhan dan biz talk hai-O marketing di percint 16, Putrajaya. Memang hebat, begitu ramai insan2 biasa yang berjaya dengan pendapatan yang lumayan serta berkereta mewah.
Ini memberikan satu semangat yang cukup luar biasa kepada saya bagi meneruskan usaha menggapai impian. Syabas juga kepada Rizal yang begitu komited dan berjaya menemui rakan kongsi baru di KL.
Bulan lalu saya dan ramai rakan kongsi di utara ke Mines City & Resort untuk menerima anugerah masing-masing. Alhamdulillah saya dinobatkan secara rasmi pada majlis tersebut sebagai Diomand Sales Manager. Ini bermakna saya memerlukan dua lagi pangkat untuk mencapai kemuncak kejayaan.
Insyaallah....dengan sokongan semua, misi itu akan tercapai awal 2009.