Assalamualaikum.
agak lama saya tak menulis perkembangan terkini di blog ini. Sejak Julai lalu, berbagai program yang dianjur dan dihadiri oleh saya dan group. Paling terbaru 3 dan 4 Nov 08, saya berpeluang ke KL untuk menghadiri sesi pengukuhan dan biz talk hai-O marketing di percint 16, Putrajaya. Memang hebat, begitu ramai insan2 biasa yang berjaya dengan pendapatan yang lumayan serta berkereta mewah.
Ini memberikan satu semangat yang cukup luar biasa kepada saya bagi meneruskan usaha menggapai impian. Syabas juga kepada Rizal yang begitu komited dan berjaya menemui rakan kongsi baru di KL.
Bulan lalu saya dan ramai rakan kongsi di utara ke Mines City & Resort untuk menerima anugerah masing-masing. Alhamdulillah saya dinobatkan secara rasmi pada majlis tersebut sebagai Diomand Sales Manager. Ini bermakna saya memerlukan dua lagi pangkat untuk mencapai kemuncak kejayaan.
Insyaallah....dengan sokongan semua, misi itu akan tercapai awal 2009.